3 Punca Kurang Susu Ibu

Penyusuan susu ibu memerlukan kesabaran yang amat tinggi terutama sekali apabila ibu mengalami kurang susu badan. Saya yakin dan percaya ramai ibu yang berpengalaman pernah mengalami masalah kurang susu secara mendadak atau secara tiba-tiba. Dalam entry ini, saya akan kongsikan kepada anda punca yang menyebabkan ibu mengalami kurang susu sehingga tidak dapat membuat stok susu untuk si anak.

 

 

Tidak dinafikan lagi , ibu yang mengalami kurang susu badan akan berasa panik apabila memikirkan anak yang menyusu tidak mendapat susu yang cukup. Saya sendiri pernah mengalami kurang susu badan yang membuatkan saya tekad mencari apa punca  yang menyebabkan susu saya berkurangan. Antara punca yang menyebabkan kurang susu ibu ialah :

 

#1 Demam Punca Kurang Susu Ibu

kurang susu 1

 

Demam dikatakan punca kurang susu ibu. Kita demam adalah kerana antibodi tubuh sedang melawan bakteria ,virus dan parasit yang menyerang sistem imun tubuh.Sistem imun tubuh pula perlulah sentiasa diperbaharui dengan nutrisi yang lengkap. Justeru itu, apabila kita diserang penyakit seperti selsema,suhu badan akan meningkat untuk melemahkan bakteria yang menyerang dalam tubuh ketika itu.

 

Penghasilan susu ibu pula sangat berkaitan rapat dengan hormon prolaktin (penghasilan susu) dan hormon oksitoksin (hormon gembira) yang membantu merangsang pengeluaran susu ibu, Apabila tubuh ibu berada dalam keadaan lemah, hormon oksitoksin tidak dapat dirembes dengan baik menyebabkan pengeluaran susu berkurangan.

 

Oleh itu, ibu-ibu yang menyusu anak mestilah sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk memastikan pengeluaran susu lancar buat si anak.Bagi ibu yang kurang sihat dan mudah demam , boleh lah ikhtiar Vitamin C untuk membantu menguatkan sistem imun badan supaya segera kembali cergas seperti biasa.

 

#2 Stress Punca Kurang Susu Ibu

kurang susu 2

 

STRESS juga merupakan salah satu punca kurang susu badan. Stress merupakan “musuh ketat” bagi ibu yang menyusu.Hal ini kerana stress sangat-sangat menganggu emosi ibu yang menyusu anak. Emosi yang tidak stabil menyebabkan ibu tidak gembira dan  akan menyebabkan hormon oksitoksin berkurang. Hormon oksitoksin ini sangat berkait rapat dengan emosi ibu. Jika ibu tidak gembira, hormon oksitoksin ini tidak dapat dirembes dengan baik dan akan menyebabkan pengeluaran susu menjadi kurang.

 

Oleh itu, ibu yang menyusu perlulah sentiasa positif dan kurangkan stress dengan membuat perkara-perkara yang anda suka agar emosi sentiasa berada dalam keadaan yang stabil untuk mengelakkan pengeluaran susu terjejas.

 

#3 Period Punca Kurang Susu Badan

kurang susu 3

 

Tahukah anda? Ketika ibu menyusu mengalami haid, susu badan selalunya akan menjadi kurang. Ia terbukti daripada penyelidikan yang menunjukkan bahawa tahap kalsium dan  Vitamin D (berfungsi untuk menyerap kalsium) menurun dalam fasa haid antara ovulasi dan tempoh haid. Hal ini terjadi kerana kalsium mempunyai pengaruh yang kuat dalam penghasilan susu ibu dan ia juga merupakan komponen nutrien utama terbesar sebanyak 40% dalam komposisi susu ibu.

 

Selain itu, keadaan fisiologi ibu menyusu juga memerlukan keperluan kalsium yang lebih tinggi. Jadi ini adalah antara punca ibu menyusu mengalami masalah kurang susu apabila tahap kalsium menurun sewaktu kedatangan haid.

 

Alhamdulillah , dengan mengamalkan Ostematrix (pil kalsium) dalam Set Menyusu Shaklee saya tidak pernah mengalami masalah kurang susu walaupon saya tengah haid. 🙂

 

Cara Atasi Kurang Susu Ibu

Bagi anda yang mengalami kurang susu badan , boleh lah cuba cara di bawah ini untuk membantu anda mendapatkan susu yang mencukupi untuk si anak. Yang penting anda tahu bagaimana cara atasi masalah kurang susu ini agar tidak membantutkan niat anda untuk  menyusukan anak anda.

kurang susu 4

  • Menyusukan anak dengan lebih kerap
  • Pam mengikut jadual yang ditetapkan secara konsisten ( 3 jam sekali )
  • Buat urutan payudara dengan urutan yang betul
  • Lakukan power pumping. Cara ini sangat berkesan membanyakkan susu dengan cepat. ( Kaedahnya, sebelah anak hisap, sebelah lagi pam atau pam kedua-dua belah serentak)
  • Sentiasa positif dan yakin susu ibu cukup untuk si anak sehingga 2 tahun
  • Pastikan air kosong cukup 3L sehari
  • Pastikan makan makanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Ambil supplemen untuk membantu melengkapkan nutrisi yang tak cukup di dalam badan
  • Amalkan zikir sambil menyusu anak
  • Jaga kesihatan dengan tidur yang cukup, makan secara teratur dan beraktiviti cergas.

Pengalaman Sendiri Kurang Susu Badan

Ya, saya sendiri pernah mengalami kurang susu badan apabila saya merasakan payudara saya terasa ringan dan apabila di picit tiada susu yang keluar. Saya juga cuba mengepam susu tapi langsung tak keluar susu. Saya dah mula panik sebab risau anak saya tidak mendapat susu yang cukup.

 

Alhamdulillah, setelah menceritakan masalah saya ini kepada kawan saya , saya mencuba untuk membuat power pumping. Yang mana , saya bagi anak menyusu sebelah dan sebelah lagi saya pam menggunakan pam susu. Memang terasa cepatnya proses ini apabila melihat susu mencurah-curah keluar.

 

Namun, saya masih tidak berpuas hati kerana saya tidak merasakan susu saya banyak seperti biasa. Ini semua gara-gara saya tidak menjaga pemakanan saya selepas berpantang.  Saya juga mengamalkan Set Menyusu Shaklee untuk membantu susu saya kembali meriah dan menjaga pemakanan untuk membantu susu kembali banyak seperti selalu.

 

Alhamdulillah , dengan izin ALLAH saya masih dapat menyusukan  anak saya dan membuat stok susu yang kini sudah berusia 9 bulan. Walaupon pernah mengalami kurang susu, namun sedikit pon tidak terdetik di hati saya untuk memberikan susu formula kepada anak saya. Saya yakin dan percaya susu ibu adalah yang terbaik dan cukup sehingga dia berusia 2 tahun.

 

Apa yang penting, ibu-ibu jangan cepat putus asa ya. Memang ibu menyusu akan mudah rasa letih, penat , dan stress sepanjang proses menyusukan anak tapi tambahlah ilmu mengenai penyusuan dan ikhtiar lah walau apa cara sekali pon sebagai usaha kita untuk melengkapkan hak anak kita mendapat susu ibu yang terbaik.

ANDA MENGALAMI MASALAH KURANG SUSU BADAN?

DAH IKHTIAR MACAM-MACAM TAPI MASIH LAGI KURANG SUSU BADAN?

Jom ikhtiar dengan SET MENYUSU SHAKLEE yang terbukti berkesan buat anda yang ingin

menyusukan anak dengan susu ibu yang lebih pekat, berkhasiat dan penuh dengan nutrisi yang lengkap.

 

set menyusu shaklee 8

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ,

Dieyla Pengedar Shaklee Seremban untuk dapatkan SET MENYUSU SHAKLEE

dengan bimbingan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman.

 

Hubungi : 0145010786 (whatsapp/call/sms)

COD : Sikamat, Paroi Jaya ,Ampangan, dan Sekitar Seremban

Poslaju : Seluruh Malaysia


pengedar shaklee seremban , malaysia