Produk Shaklee

Produk Shaklee merupakan Vitamin Supplemen yang sudah wujud sejak lebih 100 tahun yang lalu. Pengasas Produk Shaklee telah mengamalkan vitamin supplemen ini selama 40 tahun sebelum di komersialkan kepada orang ramai.

 

Pengasas Produk Shaklee

 

Dr. Forrest C. Shaklee , pengasas Produk Shaklee sangat menghargai alam semulajadi kerana beliau sembuh dari penyakit TIBI dan KANSER setelah berikhtiar dengan alam semulajadi. Dari kisah Dr. Forrest sendiri membuatkan beliau sangat terinspirasi untuk membina empayar Shaklee yang berasaskan bahan alam semulajadi untuk masa depan yang lebih baik terutama dalam faktor kesihatan.

 

Keistimewaan Poduk Shaklee

 

Produk Shaklee memberikan keutamaan kepada kesihatan dengan gaya kehidupan yang harmoni bersumberkan alam semulajadi. Shaklee percaya alam semulajadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

 

Keistimewaan produk Shaklee

 

Setiap Produk Shaklee telah dijalankan lebih 100,000 ujian kualiti dan disertai lebih 350 ujian saringan bahan berbahaya untuk memastikan Produk Shaklee betul-betul selamat untuk pengguna.

 

Produk Shaklee Yang Pertama

 

Antara Produk Shaklee yang terawal yang masih wujud sehingga ke hari ini iaitu Vitalized Mineral atau di kenali sebagai Vitalea Iron Formula pada hari ini. Selain itu, Basic H dan Energizing Soy Protein (ESP) juga antara produk Shaklee terawal yang masih mendapat permintaan ramai sehingga kini.

 

Rangkaian Produk Shaklee Di Malaysia

 

Selama lebih dari 100 tahun, pelbagai generasi telah mempercayai Produk Shaklee sebagai sebuah syarikat yang lebih kedepan yang dari segi kualiti produk yang dihasilkan bermula dari proses penanaman bahan yang digunakan sehingga ke penghasilan produk yang tidak mampu di lakukan oleh syarikat-syarikat lain pada masa kini iaitu menghasilkan produk yang selamat secara SEMULAJADI dan TERBUKTI BERKESAN.

Shaklee telah menghasilkan Produk Shaklee yang dijamin SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN DAN SENTIASA SEMULAJADI untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa.

 

Produk Shaklee di pasaran Malaysia

 

Rangkaian Produk Shaklee di kategorikan kepada 4 jenis:

1. Produk Nutrisi

2. Produk Kesihatan

3. Produk Kecantikan

4. Produk Kebersihan Rumah

 

Sentiasa Selamat

Keselamatan Produk Shaklee adalah keutamaan di Shaklee dan produk kami menepati piawaian yang tiada tandingan. Sebelum sebarang bahan di masukkan ke dalam supplemen Shaklee, ia telah menjalani proses saringan yang sangat ketat sehingga menjangkaui piawaian farmaseutikal yang di gariskan oleh United States Pharmacopeia (USP.

Jadi, apabila kami meletakkan jaminan bahawa setiap produk Shaklee adalah 100% selamat, anda benar-benar boleh menggunakannya dengan selamat tanpa ragu-ragu! 🙂

 

Sentiasa Mesra Alam

Selama lebih dari 57 tahun, Shaklee menjadi pelopor kepada perubahan alam sekitar yang lebih baik melalui penghasilan salah satu produk pencuci terbiodegrasikan yang pertama, sehinggalah menjadi syarikat pertama yang diiktiraf Climate Neutral, kami komited dalam meneruskan usaha murni ini.

Kami telah berjaya menjalankan kempen menanam sejuta pokok dan kini menaja tiga ekspedisi Kutub Utara bagi menjalankan kajian berkenaan pemanasan global. Semua ini dilakukan dengan menghasilkan produk mampan yang selamat untuk Anda, Rumah Anda dan Bumi Anda.

 

Sentiasa Berkesan

 

Rata-rata syarikat mendakwa bahawa produk mereka berkesan. Tetapi di Shaklee kami membuktikannya. Hakikatnya kajian penting pada tahun 2007 menunjukkan bahawa pengguna yang mengambil supplemen Shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang ketara lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil sebarang supplemen lansung.

 

Produk Shaklee membekalkan tenaga kepada pasukan Amerika yang pertama ke Gunung Everest, peserta Ekspedisi Kutub Utara yang telah mencipta rekod dunia dan membekalkan tenaga bagi penerbangan menyeberangi Laut Aegean dengan kuasa manual paling lama.

 

Oleh itu, Shaklee bukan sahaja mengajar kita untuk mengamalkan vitamin supplemen sahaja, malah Shaklee telah memberi kesedaran tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat seperti :

 

  • MAKAN SECARA SIHAT
  • BERSENAM SETIAP HARI
  • AMALKAN SUPPLEMEN 

 

produk shaklee

” Kehidupan masa depan kita adalah bergantung dengan apa

yang kita usahakan”

– Dr Forrest C. Shaklee –