Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Cakap je pasal Intermittent Fasting, rasanya semua rakyat Malaysia dah tahu sangat kan cara diet IF ni dengan bertujuan untuk kurangkan waktu makan dan menurunkan berat badan. Alhamdulillah, diela sendiri pun baru juga berjinak-jinak dengan Intermittent Fasting ni setelah sertai program Amazing Fat to Fit.

Memang banyak kebaikan yang kita bakal dapat sekiranya melakukan Intermittent Fasting tetapi masih ada keburukan yang kita kena tahu supaya dapat melakukan IF dengan cara ynag betul bukan asal buat sahaja.

HORMON KENYANG DAN HORMON LAPAR

Sebelum Diela kongsikan keburukan Intermittent Fasting, Diela kenalkan dulu 2 hormon yang terlibat dan sangat berkait rapat dengan proses menurunkan berat badan. Hormon kenyang yang dikenali sebagai Leptin dan hormon lapar dikenali sebagai Grehlin.

Subhanallah hebatnya ciptaan Allah yang menjadikan organ dalaman kita ini boleh merembeskan hormon kenyang dan lapar ini untuk menghantar signal ke otak.

Dalam kelas Prof Redza baru-baru ini, Diela baru tahu yang tempoh masa hormon lapar menghantar signal ke otak sangat cepat tak sampai sesaat pun. Manakala hormon kenyang mengambil masa 10 minit untuk sampai ke otak.

Sebab itulah sesuai dengan pesan Rasulullah SAW yang menggalakkan kita makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Masyallah! ilmu yang sangat best kan.


Proses Fat Burning Dalam Intermittent Fasting

Bahagian paling best bila buat Intermittent Fasting ini adalah kita dapat belajar cara bagaimana badan kita sendiri boleh jadi pembakar lemak apabila melakukan IF .

Kalau tengok dalam gambar di atas ini, Fat burning akan mula berlaku pada 14 jam berpuasa. Masa ini badan dah mula mencari lemak untuk dijadikan bahan pembakar maka disinilah saat yang kita semua paling suka apabila badan mula membakar lemak-lemak yang ada dalam badan tanpa perlu lakukan senaman. Seronok kan?

Tapi dengan syarat apabila badan kita dalam keadaan kurang gula. Selagi gula masih tinggi dalam badan, badan akan memilih untuk membakar gula bukan lemak! Haaa ni point paling penting.

Proses Autophagy dalam Intermittent Fasting

Rata-rata yang buat IF sudah semestinya mereka nak sampai ke tahap Autophagy berlaku di mana waktu badan mula regenerate sel baru dalam badan dan buang sel yang rosak.

Autophagy adalah cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat. “Auto” bermaksud diri dan “fagy” bermakna makan.

Oleh itu makna literal autophagy adalah “makan sendiri.” Ia juga dirujuk sebagai “self eating.” Ia sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan.


Mekanisme autophagy memberi peluang badan memelihara badan di mana ia boleh keluarkan sel yang disfunction dan kitar semula bahagian-bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular

Bagaimana nak capai Autopaghy?

Kalau tengok kepada timeline intermittent fasting, autophagy hanya bermula selepas IF selama 20 jam, dan hanya mencapai kemuncak selepas IF selama 72-jam bersamaan 3 hari.Bayangkan 3 hari tanpa makanan hanya minum air sahaja. Mampukah kita?


Tapi tahukah anda, dengan berpuasa anda dapat mencapai tahap autophagy 3x lebih cepat berbanding IF kerana semasa IF kita masih minum air pada waktu fasting window, jadi badan kita perlukan air dan akan menariknya dari sel untuk memacu pengeluaran tenaga.

Kalau dengan IF kita dapat capai fasa autophagy puncak yang mengambil masa selama 72 jam, tetapi hanya dengan puasa sahaja kita dapat fasa autophagy dengan tempoh 1 hari berpuasa.

Jadi tak perlulah seksa diri dengan If selama 3 hari tanpa makanan itu. Alhamdulillah sebab itulah Allah mewajibkan kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan selama 1 bulan untuk menyucikan perut dan mengurangkan risiko penyakit.

Cara Nak Dapatkan Fasa Autophagy

Fasa Autophagy ini sangat baik untuk orang yang tak sihat terutamanya yang memang ada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, diabetes, darah tinggi dan lain-lain.

Cara nak dapatkan fasa Autophagy ini ada 4 kaedah iaitu :

  1. Puasa atau Intermittent Fasting
  2. Makan lemak sihat
  3. Tidur yang cukup
  4. Senaman

Kita juga sangat disarankan berpuasa Isnin-Khamis dan berpuasa 30 hari di bulan Ramadan secara tak langsung sudah mencapai fasa Autophagy ini.

Situasi lain, apabila Allah bagi kita sakit secara automatik Allah tarik nikmat makan. Maka kita kurang makan benda-benda yang tak elok malah kita akan cuba usaha makan makanan yang bagus dan bernutrisi sebagai ikhtiar cepat sihat. Beginilah cara Allah nak bantu kita reset sel kita di tahap selular tanpa kita sedar.

Kebaikan Autophagy

Terdapat beberapa kebaikan penting jika anda melakukan autophagy ini. Antaranya:

  • Membantu menghalang kanser.
  • Membantu mempertingkatkan prestasi otot.
  • Membantu menghalang penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer
  • Membantu mengawal keradangan.
  • Membantu melambatkan tempoh penuaan.
  • Membantu mempertingkatkan tenaga.

Keburukan Intermittent Fasting

Banyak kebaikan yang anda boleh dapat jika anda mendapatkan autophagy ini tetapi ada beberapa keburukan yang anda perlu tahu supaya Intermittent Fasting yang anda lakukan ini berkesan atau sebaliknya.

  1. Tahap kolagen berkurangan sebanyak 90% dalam Badan

Menurut Dr Berg, intermittent fasting akan menyebabkan kesan kepada kulit kita dari segi penuaan kulit, kulit jadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kekurangan collagen sebanyak 90%.

Kalau perasan, ada orang yang intermittent fasting memang membantu mereka kuruskan badan, tapi pada masa yang sama kulit mereka pun ikut kendur. Ini tak best lah, sebab bila kita kurus tapi kenapa nampak tua?

Apabila kolagen berkurangan dalam badan, kulit akan jadi semakin kurang elastik. Apabila berat badan anda berubah, ia dapat mengubah berapa banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan anda, yang kemudiannya boleh menyebabkan kulit kendur dan berlaku kedutan.

Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan kolagen semulajadi. Ini bermakna kolagen yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan!

  1. Menyekat peningkatan collagen

Sudahlah dia galakkan kemusnahan collagen dia menyekat pula peningkatan collagen dalam badan sehingga menyebabkan berlakunya penuaan, kemerosotan kulit dan keguguran rambut.

Hati-hati buat anda yang fokus untuk turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama ada isu-isu lain yang timbul tanpa anda sedar. Ini yang bahaya takut kita kurus tapi sakit. Nauzubillahiminzalik.

  1. Mengalami keletihan melampau

Kolagen berada dalam keluarga protein yang mana ia memberikan kebaikan dan tenaga pada tubuh badan. Jika kolagen berkurangan, badan akan terasa letih yang melampau kerana kekurangan minerals dan nutrisi micronutriens.

Oleh itu, jangan hairan jika anda melakukan Intermittent Fasting dan ada penurunan berat badan tetapi rambut mudah gugur, kulit semakin kusam dan kelihatan berumur, tulang tidak kuat, mudah sakit badan, dan sebagainya. Mungkin ini penyebabnya.

Jangan risau! Mesti ada penyelesaiannya.

Tahukah anda bahawa badan kita memerlukan kolagen terutamanya wanita dan ketika anda buat autophagy ini kolagen type 1 yang mana 90 peratus berkaitan rambut, kulit, kuku, organ, tulang dan ligamen serta membantu menyokong kulit kelihatan lebih muda.

Jangan biarkan anda kehilangan kolagen dalam badan hanya untuk mendapatkan berat badan yang anda inginkan semata-mata.Sudah pasti anda nak turun berat badan dengan sihat serta kulit semakin cantik kan..

Inilah antara kesan yang kita tak mahu berlaku. Jadi apa yang kita kena buat ialah, apabila buat intermittent fasting ataupun berpuasa pastikan anda ambil Set Puasa Shaklee dengan pengambilan collagen powder Shaklee.


Anda bertuah kerana baca blog ini sampai habis sebab Shaklee sememangnya sudah pun diiktiraf sebagai Supplemen Terbaik pastinya ada penyelesaiannya.

Kajian menunjukkan bahawa Resveratrol adalah polifenol semulajadi yang mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan. Kesan autophagy yang disebabkan oleh Resveratrol menjadikannya bermanfaat untuk mengurangkan keradangan dan menjana kematian sel kanser.

Dalam kelas dengan Prof Dr Redza yang merupakan seorang saintis nutraceuticals tempatan, beliau ada sebutkan beberapa jenis suplemen yang dapat membantu kita mengaktifkan autophagy:

  • Resveratrol (iaitu sejenis polifenol)
  • astaxantin (juga sejenis polifenol)
  • Berberine
  • Citrus Bergamot
  • Turmeric


Jom mulakan Intermittent Fasting dengan pengambilan supplemen yang dapat membantu Autophagy dengan lebih berkesan di bulan Ramadan nanti. Dapatkan dengan Diela untuk cara makan yang berkesan dengan bimbingan doktor pakar bertauliah KKM.

Leave a Comment