Cara Penyediaan Puri Untuk Bayi 6 Bulan

Cara penyediaan puri untuk bayi 6 bulan yang sangat mudah untuk ibu-ibu yang bekerja mahupun di rumah. Saya percaya ramai ibu yang terlebih excited apabila anak baru je masuk 6 bulan sebab tak sabar nak bagi anak makan!  Sama lah macam saya,  tangan ligat duk google apa makanan terbaik untuk anak. Di sini saya kongsikan cara penyediaan puri untuk bayi 6 bulan.

 

cara penyediaan puri untuk bayi 6 bulan
Setelah beberapa kali buat bacaan tentang cara penyediaan puri untuk bayi 6 bulan , saya memilih untuk perkenalkan makanan pertama kepada anak saya dengan puri buah- buahan. Puri pertama yang saya berikan pada anak saya, Ammar ialah puri buah pear.  Masa ini memang fasa excited Ammar nak makan,  of coz dia semangat menganga sampai hisap-hisap jari setiap kali makan.

 

Ada beberapa perkara yang ibu perlu ambil tahu dalam proses memberikan anak anda makan.

1 – Jangan risau jika anak anda menolak makanan buat kali pertama.  NORMAL perkara ini boleh berlaku kerana anak anda sedang berkenalan dengan makanan barunya. Yelaa dah 5 bulan asyik rasa susu ibu je,  tetiba kali ini dia rasa lain. Jangan putus asa, teruskan bagi anak anda makan.

2-Amalkan rules 4 days. Iaitu peraturan 4 hari dengan cara memberikan puri yang sama selama 4 hari berturut. Ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah makan yang dihadapi oleh anak.  Kemungkinan, ada makanan tertentu yang anak anda alergik.

3- Jangan paksa anak anda makan habis semangkuk untuk kali pertama!  Normal jika untuk permulaan anak anda hanya makan beberapa suap sahaja.  Syukurlah at least dia mahu merasa makanan tersebut. Jangan lupa pelbagaikan menu anak anda untuk menarik minat dia makan.

Saya kongsikan cara saya menyediakan puri untuk anak saya,  Ammar. Sekarang Ammar baru je genap 7 bulan.  Sepanjang Ammar berumur 6 bulan hanya 3 kali saya bagi dia makan bubur.  Disebabkan dia macam sembelit setiap kali makan bubur , itu sebab saya jarang bagi bubur.  Saya lebih kerap bagi dia makan buah-buahan campur sayur.

 

Cara penyediaan puri untuk baby 6 bulan 

Puri buah untuk baby.

1. Basuh bersih buah yang nak dipurikan.

2. Potong kecik supaya cepat lembut.

3. Kukuskan buah yang dipotong sehingga lembut.

4. Setelah dah lembut ( cucuk dengan garfu) ,  masukkan buah tersebut dalam blender.

5. Blender lumat buah yang sudah distimkan.

6.  Lepas itu,  letakkan puri yang siap diblender di dalam bekas yang berasingan untuk setiap kali makan.

7. Letakkan makanan yang tak gunakan lagi di freezer,  dan defrostkan pada waktu malam untuk dimakan esok pagi nya.

8.  Buat stok paling lama untuk seminggu makan,  elakkan buat untuk sebulan.

cara penyediaan puri buah untuk bayi 6 bulan
Puri keledek manis dan Puri epal merah siap   untuk disimpan.

Kalau nak tahu,  dulu saya tak tahu pon macam mana cara penjagaan puri yang betul,  setelah saya membuat sedikit bacaan rupanya puri hanya bertahan 2 hari sahaja di peti bahagian bawah dan bertahan selama 3 bulan untuk peti freezer. Untuk peti 1 pintu hanya bertahan selama 2 minggu.Dulu disebabkan kurang ilmu,  saya letak je puri di bahagian peti bawah selama sminggu. Hehe.  Jadi saya kongsikan disini supaya dapat membantu ibu-ibu di luar sana.

 

Rebus atau kukus?

Mungkin ada setengah orang lebih suka rebus  makanan baby sebelum di blender,  tapi saya mengambil langkah untuk mengukus makanan baby kerana kaedah kukus lebih bagus dan tidak terlalu mengurangkan nutrisi makanan berbanding kaedah merebus.

 

Buah buahan yang boleh di makan untuk baby 6 bulan.

Buah buahan mempunyai rasa yang semulajadi, oleh itu elakkan buah buahan yang masam untuk baby yang baru diperkenalkan makanan.

Antara buah-buahan dan sayur yang boleh diberikan kepada baby.

  • buah lai
  • buah pear
  • buah epal
  • buah betik
  • buah naga
  • labu
  • keledek manis
  • kentang
  • lobak merah
  • brokoli

 

Siapa Saya?

Saya merupakan Pengedar Shaklee Seremban dan Seluruh Malaysia. Saya juga menjalankan perkhidmatan COD ke sekitar Seremban dan POSLAJU ke seluruh Malaysia.Bagi anda yang ingin dapatkan produk Shaklee dari saya, boleh terus hubungi saya di talian 0145010786 untuk respon segera.

DAPATKAN PRODUK SHAKLEE ANDA SEKARANG DENGAN BIMBINGAN PAKAR NUTRISI DAN DOKTOR BERPENGALAMAN 21 TAHUN BERSAMA TEAM SUPERSTARZFAMILY.


Pengedar Shaklee Seremban dan Seluruh Malaysia

Leave a Comment