Dah masuk tahun 2023, banyak dah kelainan sistem website Shaklee yang memudahkan pengguna termasuklah renew membership Shaklee. Kalau dulu, nak renew membership Shaklee kena bayar RM30 tau tapi sekarang dah tak perlu bayar untuk renew! Hanya beli sahaja mana-mana produk Shaklee untuk aktifkan ID shaklee anda semula.

Buat anda yang masih belum daftar menjadi ahli Shaklee boleh hubungi Pengedar Shaklee Seremban di talian 0145010786. Dalam entry kali ni saya akan kongsikan cara untuk renew membership shaklee. Semoga ianya membantu!
Kenapa kena renew membership shaklee?
Shaklee ingin memastikan setiap ahli shaklee yang berdaftar sentiasa aktif membuat pembelian di website Shaklee. Sekiranya tiada pembelian selama 1 tahun ke atas,ID shaklee akan berstatus expired.

Tujuan Shaklee buat macam ni untuk memastikan tiada lambakan ID Shaklee yang tidak aktif dan juga ID orang yang mungkin telah meninggal dunia. Oleh sebab itu, apabila ID Shaklee dah berstatus expired dalam tempoh yang lama automatik akan terkeluar daripada sistem.
Ini bermakna, nama anda tiada lagi dalam sistem dan anda perlu mendaftar baru ahli shaklee sekiranya ingin menikmati kelebihan sebagai ahli shaklee lagi.
3 Cara Renew Membership Shaklee
Renew membership Shaklee ni menjadi keperluan untuk memastikan ID shaklee kekal aktif. Sekiranya anda tidak tahu sama ada status ID shaklee anda expired atau masih aktif anda boleh hubungi Diela di talian 0145010786 untuk Diela bantu semakkan secara online.
- Login website shaklee : www.shaklee.com.my

Untuk anda yang tahu ID shaklee dan kata laluan, anda boleh login ke dalam website shaklee dan buat pembelian mana-mana produk shaklee untuk aktifkan semula ID shaklee anda. Dengan cara renew membership Shaklee ini, ID anda akan berstatus ‘Active‘ semula.
- Hubungi upline anda
Upline adalah orang yang mendaftarkan anda sebagai ahli Shaklee. Hubungi upline anda dan tanya terus bagaimana nak renew membership Shaklee.

Upline anda bertanggungjawab untuk bantu anda untuk renew membership shaklee. Cara ini sesuai untuk orang yang lupa dan tidak tahu berapa nombor ID shaklee dan juga kata laluan.Jangan risau upline anda boleh semakkan untuk anda.
- Pergi ke branch Shaklee berdekatan
Untuk anda yang duduk berdekatan branch, boleh terus pergi branch berdekatan dan bertanyakan pada pihak Shaklee sendiri bagaimana untuk renew membership shaklee anda.

Prosesnya mudah dan sekejap sahaja melalui kaunter pertanyaan di branch Shaklee.
Jangka Hayat Status Membership Shaklee
Sebenarnya bila anda mendaftar ahli shaklee, tempoh hayat keahlian anda adalah seumur hidup. Tapi ada syaratnya!
Syaratnya mestilah aktif dalam membeli produk shaklee untuk memastikan keahlian anda tidak expired dan terkeluar dari sistem.

Sebab tu untuk anda yang memang mengamalkan shaklee tapi masih belum jadi ahli, daftar segera untuk menikmati banyak lagi kelebihan menjadi ahli shaklee.
Mesti anda akan tertanya-tanya kan, kenapa bila buka je website nampak ID dah berstatus expired? Haa kalau nak tahu, ID shaklee akan expired apabila sampai tarikh lahir anda.
Jadi anda perlu renew membership shaklee 3 bulan sebelum atau selepas tarikh lahir anda untuk kekalkan status ‘Active‘.
3 Kelebihan Utama jadi Ahli Shaklee
Banyak tau kelebihan jadi ahli shaklee ni yang ramai tak tahu. Sebab itu, saya nasihatkan pastikan anda daftar ahli shaklee dengan pengedar shaklee yang aktif supaya dapat bantu anda dalam apa jua berkaitan dengan Shaklee termasuklah bagaimana nak login website shaklee.
- Dapat harga jauh lebih jimat
Saya sangat tekankan untuk anda yang aktif membeli agar menjadi ahli shaklee kerana anda akan dapat harga yang lebih murah dan jimat dari harga biasa. Boleh dapat murah kenapa perlu bayar mahal untuk kesihatan kita kan ☺️

Bayangkan harga 1 produk sahaja boleh jimat RM20 ke atas apatah lagi sekiranya ada promo lagi murah dari biasa.
- Dapat Cash Rebate
Cash rebate yang ramai orang mungkin pandang remeh je padahal cash rebate shaklee sangat lumayan. Anda sendiri boleh dapat cash rebate ini jika anda tahu cara yang betul untuk dapatkannya.

Tak kira sama ada anda bisnes atau tidak anda tetap layak dapat cash rebate sekiranya memenuhi syarat yang diperlukan.
- Berpeluang untuk join bisnes tanpa modal
Ramai orang anggap jadi ahli shaklee automatik kena bisnes. Sebenarnya tiada paksaan pun untuk anda berbisnes.Anda boleh jadi ahli shaklee untuk dapat harga lebih murah dari biasa dan anda juga berpeluang untuk berbisnes tanpa modal.

Untuk buat bisnes shaklee anda hanya perlu jadi ahli shaklee sahaja. Tak kisah sekiranya anda dah jadi ahli shaklee selama 5 tahun selepas itu barulah anda membuat keputusan untuk buat bisnes shaklee. Terus je boleh buat tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Mudah kan? 😍

Jadi jangan lupa untuk renew membership shaklee anda sebelum tamat tempoh! Alang-alang jadi ahli shaklee pastikan anda makan shaklee dengan cara yang betul supaya anda dapat kesan yang best untuk kesihatan diri anda.

Jom baca entry lain tentang RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE