Cara Atasi Masalah Keputihan Gatal Dan Berbau

SET KEPUTIHAN SHAKLEE

Cara atasi masalah keputihan gatal dan berbau yang sering melanda wanita. Dalam entry kali ini , saya akan kongsikan cara atasi masalah keputihan gatal dan berbau supaya anda dapat mengelakkan diri daripada keputihan sebelum menjadi semakin parah. Moga bermanfaat!

Untuk dapatkan Set Keputihan Shaklee boleh dapatkan dengan Pengedar Shaklee Seremban dengan bimbingan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman.

Apa itu Keputihan?

Keputihan merupakan satu cairan lebihan yang keluar dari faraj wanita. Kebiasaannya bermula dari umur remaja sehingga dewasa.Keputihan pada mulanya bersifat normal selagi ianya berwarna putih jernih , tidak gatal dan tidak berbau.

Fakta yang wanita perlu tahu mengenai KEPUTIHAN.

  • pH faraj wanita adalah berasid
  • pH faraj haruslah 3.4-5.5 untuk mengelak jangkitan di kawasan tersebut
  • Semua wanita mempunyai keputihan dalam kadar yang normal
  • Keputihan yang keluar adalah sebelum haid dan selepas haid
  • Keputihan mestilah tidak terlalu banyak, gatal dan berbau.

Bagaimana Keputihan Boleh Terjadi?

keputihan normal atau tak

Keputihan berlaku adalah kerana bahagian faraj wanita sangat sensitif dengan perubahan persekitaran terutama sekali dalam keadaan berasid atau beralkali. Lelehan yang keluar dari faraj wanita sangat bergantung kepada perubahan persekitaran, hormon dan penyakit dalaman.

Secara semulajadi, faraj wanita dapat melindungi dirinya daripada jangkitan melalui pH berasid yang rendah namun apabila keseimbangan berubah,maka ianya membuka peluang bagi mikroorganisma keputihan menyerang dan mengakibatkan jangkitan pada faraj.

Faktor Yang Menyebabkan Keputihan Boleh Terjadi.

  • Tekanan emosi
  • Pemakanan
  • Kehamilan
  • Penggunaan ubat /pil perancang

Tanda-Tanda Keputihan Yang Normal & Tidak Normal.

Penting untuk anda tahu apa itu tanda-tanda keputihan normal atau tidak normal agar anda dapat atasi masalah ini secepat mungkin sebelum terlambat.

Keputihan Normal

  • Kuantiti sedikit
  • Tidak berbau
  • Keputihan berwarna jernih dan putih
  • Tidak menimbulkan rasa gatal
  • bersifat cecair

Keputihan Tidak Normal

  • Kuantiti yang banyak
  • Rasa gatal yang amat
  • Sakit pada faraj ketika buang air
  • Keputihan bergumpal/ kenyal
  • Keputihan berwarna putih/kuning/ hijau dengan bau yang busuk.

Cara Atasi Masalah Keputihan Gatal dan Berbau.

  • Amalkan makanan yang seimbang dan sihat.
  • Pastikan tidur yang mencukupi.
  • Pastikan faraj sentiasa kering dan bersih.
  • Amalkan lap faraj dari depan ke belakang.
  • Elakkan penggunaan pembersih wanita yang mengandungi bahan kimia.
  • Elakkan menggaru menggunakan kuku di kawasan faraj.
  • Membasuh / rendam dengan air rebusan daun sirih
  • Ikhtiar dengan Set Keputihan Shaklee.

Set Keputihan Shaklee Selamat dan Berkesan.

Set Keputihan Shaklee terbukti selamat dan berkesan untuk mengatasi masalah keputihan gatal dan berbau. Jom tengok apa fungsi yang terdapat dalam set keputihan shaklee ini.SET KEPUTIHAN 1

1. Garlic Complex (60 Tablets

Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi yang diperbuat daripada bawang putih. Keputihan yang berlaku adalah disebabkan kuman, oleh sebab itu antibiotik sangat diperlukan untuk membunuh kuman tersebut, Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik dan antikulat yang dapat membantu masalah keputihan yang teruk dan ia juga membantu menguatkan sistem imun badan.

SET KEPUTIHAN 2

2. Alfalfa Complex ( 330 Tablets / 700 Tablets)

Alfalfa Complex diperbuat daripada daun alfalfa yang dikeringkan secara semulajadi yang telah dikompresskan menjadi tablet. Alfalfa merupakan raja tumbuhan yang kaya dengan klorofil yang mempunyai fungsi antikulat. Oleh sebab itu, Alfalfa dapat membantu melawan kulat dan mengalkalikan kawasan faraj yang terkena jangkitan kuman (berasid).

SET KEPUTIHAN 3

3. Bcomplex (120 Tablets)

Bcomplex Shaklee mnegandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Fungsi Bcomplex adalah menukarkan gula kepada tenaga. Keputihan yang berlaku menjadi semakin teruk apabila adanya kehadiran gula yang menjadi makanan kepada kulat dan bakteri di faraj. Oleh sebab itu, Bcomplex sangat penting untuk membantu menukarkan gula dari makanan yang kita makan kepada tenaga supaya tidak menjadi simpanan di dalam tubuh untuk kegunaan kulat untuk membiak.

SET KEPUTIHAN 4

4. Vita C Plus ( 180 Tablets)

Vitamin C Shaklee atau Vita C Plus mengandungi teknologi “sustained release” yang membolehkan vitamin c diserap ke dalam tubuh secara per jam. Vitamin c sangat penting untuk kuatkan imun sistem tubuh. Apabila faraj dijangkiti kulat yang menyebabkan keputihan, vitamin c sangat diperlukan untuk melawan kulat tersebut daripada terus membiak.

Boleh baca sini apa beza Vitamin C shaklee dengan vitamin C yang lain.

5. Vivix Shaklee ( 150ml)

Vivix Shaklee sangat terkenal dengan khasiatnya yang dapat membantu dan melindungi sel daripada rosak. Secara umumnya, Vivix dapat membantu masalah keputihan dari dalaman untuk membunuh kulat yang menjangkiti faraj.

Insyallah, Produk Keputihan Shaklee

dapat membantu anda mengatasi masalah keputihan gatal dan berbau.

SET KEPUTIHAN

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya Dieyla untuk konsultasi

cara atasi masalah keputihan gatal dan berbau dengan berkesan,

Insyallah kami akan usaha untuk bantu anda.

Hubungi : 0145010786 (whatsapp/call/sms)

COD : Sikamat, Paroi Jaya ,Ampangan, dan Sekitar Seremban

Poslaju : Seluruh Malaysia.


pengedar shaklee seremban , malaysia

14 thoughts on “Cara Atasi Masalah Keputihan Gatal Dan Berbau”

Leave a Comment