Blog Mega Shaklee : Projek Bisnes Online Terbaik 2023

Alhamdulillah selesai sudah Blog Mega Shaklee 1.0 anjuran Euphoria oleh Master Norita dan Master Salwa Zeyn dengan tajaan hadiah bernilai RM30K. Masyallah lumayan sungguh hadiah yang di berikan kepada peserta yang terlibat.

 

Syukur sangat Diela juga merupakan peserta dalam Blog Mega Shaklee 1.0 dan berjaya menang hadiah Vivix Shaklee bernilai RM499. Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka. Jom diela komgsikan sedikit pengalaman sepanjang sertai Blog Mega Shaklee ini.

 

 

3 Sebab Kenapa Kena Sertai Blog Mega Shaklee 2.0

 

Memandangkan Diela dah sertai Blog Mega Shaklee 1.0, sudah tentu sangat teruja untuk sertai Blog Mega Shaklee 2.0.

 

Antara sebab kena sertai Blog Mega Shaklee 2.0 :

 

  • Dapat hidupkan blog

Bayangkan dah ada blog, tapi tak dihidupkan sebab tak ada idea nak menulis. Blog dibiarkan sepi walhal blog merupakan salah satu platform yang mendatangkan sales juga. Dengan sertai projek Blog Mega Shaklee ini, Alhamdulillah blog Diela pun kembali aktif dengan pelbagai topik yang menarik disediakan.

 

  • Ambil peluang untuk belajar menulisĀ 

Sebenarnya bila ada projek Blog Mega Shaklee yang dianjurkan oleh Super Duper Upline Master inilah peluang untuk kita sertai beramai-ramai supaya kita berada dalam wave yang sama dan kat sinilah kita boleh ambil peluang untuk belajar menulis blog sehingga mahir.

 

  • Wave baharu Shaklee

Menulis blog ini sebenarnya dah ada dah sejak dari dulu lagi, cuma sekarang ini dah sangat jarang orang menggunakan blog sebagai platform bisnes dek kerana pelbagai platform baru yang mudah dan cepat muncul. walaubagaimanapun blog merupakan salah satu platform yang tak luput dek zaman kerana artikel yang kita tulis akan selamanya ada di blog apatah lagi jika blog kita ranking di pencarian google.

 

Menang Hadiah Bernilai RM499 Hasil Blog Mega Shaklee 1.0

 

Masyallah Alhamdulillah, sebenarnya Diela tak sangka sangat boleh menang Vivix Shaklee asbab sertai projek Blog Mega Shaklee ini. Jutaan terima kasih Diela ucapkan kepada pihak penaja yang menaja hadiah kepada semua peserta yang terlibat sebanyak RM30K.

 

Ianya bukan jumlah yang sedikit dan bukan calang-calang hadiah yang diberi. Bayangkan seramai 15 orang memenangi Vivix Shaklee, produk shaklee premium bernilai RM499 dalam projek Blog Mega Shaklee secara percuma sahaja.

 

Diela bersyukur sangat sebab Vivix Shaklee ini memang Diela dah berniat untuk hadiahkan kepada abah tersayang kerana baru-baru ini abah hampir terkena serangan jantung. Moga dengan hadiah ini sebagai ikhtiar Diela untuk kesihatan abah agar semakin sembuh. Amin.

 

Pengalaman Sertai Blog Mega Shaklee

 

Sebenarnya apabila berada dalam bisnes mana-mana pun yang paling best adalah dapat duduk dalam circle yang ada aktiviti secara berkumpulan.

 

Diela sendiri rasa seronok buat projek Blog Mega Shaklee ini secara berkumpulan sebab secara automatik kita akan rasa bersaing secara sihat dan dapat menaikkan semangat kita dalam menghidupkan platform bisnes kita sendiri.

 

Syarat nak sertai Blog Mega Shaklee ini pun mudah sahaja. Pastikan ada blog untuk menulis dan setiap peserta dikehendaki menulis 2 artikel berkaitan tajuk :

1. Intermittent Fasting

2. Set Kurus Shaklee

 

Mudah bukan? Tapi ada teknik khusus yang dapat Diela belajar dalam projek Blog Mega Shaklee ini kerana kita bukan sekadar menulis blog tapi tujuan utama projek ini adalah sebagai permulaan wave baharu dalam bisnes shaklee. Rebutlah peluang ini bersama-sama.

 

Sekiranya anda yang membaca artikel ini dan berminat untuk sertai boleh hubungi Diela di talian 0145010786

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment