Terdapat banyak jenis diet yang individu di luar sana boleh cuba untuk kekal kurus antaranya adalah dengan cara diet Intermittent Fasting.
Memandangkan ramai sangat orang Malaysia yang nak turunkan berat badan, maka saya terpanggil nak kongsikan Apa itu Intermittent Fasting dan Cara Diet IF.
Dalam entry kali ini, saya akan kongsikan sekali kelebihan Intermittent Fasting untuk anda yang ingin kurus secara sihat.
Apa Itu Intermittent Fasting
Intermittent Fasting atau dikenali sebagai IF adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa.
Jika diet lain lebih memfokuskan berkenaan apa yang anda makan, cara diet Intermittent Fasting pula lebih menumpukan mengenai waktu bila anda perlu makan.
Melalui kaedah ini, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja tanpa perlu mengira kalori makanan.
Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa.Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat.
Cara Diet Intermittent Fasting
Antara cara diet Intermittent Fasting ialah:
1. Cara diet Intermittent Fasting 1: Berpuasa di waktu malam sahaja
Cara berpuasa ini lebih kurang sama kepada cara yang biasa kita guna sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan iaitu anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari.
Cara diet ini paling sesuai untuk mereka yang mula mahu berjinak-jinak dengan Intermittent Fasting ataupun ibu menyusu kerana tidak terlalu lama berpuasa.
Tempoh berpuasa menggunakan cara diet ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.
2. Cara diet Intermittent Fasting 2; Berpuasa dengan masa yang dihadkan
Cara ini juga lebih kurang dengan cara diet Intermittent Fasting yang pertama tadi, cuma waktunya adalah lebih panjang.
Untuk cara ini, anda tidak boleh makan ataupun anda perlu berpuasa dalam tempoh 14 sehingga 16 jam sehari.
3. Cara diet Intermittent Fasting 3; Berpuasa penuh 1 hari
Cara diet ini bermaksud anda perlu berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika anda berpuasa bermula 8 pagi hari ini, berrmakna anda hanya boleh berbuka pada jam 8 pagi keesokan harinya.
Ia tidak digalakkan untuk anda yang baru hendak memulakan cara diet Intermittent Fasting dan juga untuk ibu yang menyusu anak.
Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya.
4.Cara diet Intermittent Fasting 4; Puasa ganti hari
Cara diet ini membenarkan anda untuk makan dan berpuasa secara selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini anda boleh makan, manakala pada hari esok anda berpuasa.
Ia kemudiannya diselang-selikan pada hari-hari yang berikutnya. Pada hari anda perlu berpuasa, anda hanya boleh mengambil 500-600 kalori sahaja.
5. Cara diet Intermittent Fasting 5 ; Ponteng jadual makan puasa
Cara diet ini membolehkan anda berpuasa melangkau waktu makan anda.Sebagai contoh, jika sebelum ini anda mempunyai lima kali waktu makan setiap hari, maka anda akan skip beberapa waktu makan tersebut.
Ini akan membuatkan kekerapan anda untuk makan dalam sehari semakin berkurangan.
Kelebihan Intermittent Fasting
Menurut Dr Jue, selain cara diet Intermittent Fasting ini dapat menurunkan berat badan terdapat banyak lagi kelebihan yang kita boleh dapat sekiranya diamalkan menjadi rutin harian.
1.Menurunkan kadar insulin
Insulin bertindak untuk membawa gula ke dalam sel yang kemudiannya menukarkan karbohidrat menjadi gula. Inilah yang menyebabkan kita gemuk.
Kadar insulin yang tinggi juga akan membuat kerosakan kepada organ dalaman kita.Oleh sebab itu, dengan berpuasa secara Intermittent Fasting dapat menurunkan kadar insulin dalam badan dan mengurangkan kemasukan gula yang menjadi sebab utama berlaku keradangan.
Apabila gula tidak masuk dalam badan secara berlebihan, maka kadar insulin berada di tahap rendah dan badan mula mencari lemak untuk dibakar. Secara tidak langsung, berat badan akan semakin menurun.
2. Meningkatkan kadar metabolisme
Dengan berpuasa, tahap metabolisme akan meningkat dan membantu badan membakar lemak dengan lebih cepat. Berbeza apabila kita tak berpuasa, tahap metabolisme kita akan menjadi rendah , hormon pula akan statik dan menyebabkan kita nampak tua dan mudah sakit.
Syukurlah kita sebagai umat Islam digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis.
3. Menurunkan tahap kolestrol
Ketika melakukan cara diet Intermittent Fasting, badan akan menggunakan asid lemak yang diuraikan daripada Trigliserida untuk menghasilkan tenaga.Jadi simpanan trigliserida akan berkurang dan secara tidak langsung kadar LDL (kolestrol jahat) juga akan menurun.
4. Mengurangkan kesan penuaan
Human Growth Hormon (HGH) adalah hormon yang berfungsi dalam pertumbuhan badan, pembaharuan sel termasuklah sebagai hormon awet muda.
Dengan cara diet Intermittent Fasting ini yang mana kita berpuasa menyebabkan hormon ini akan meningkat 5 kali ganda berbanding sekiranya badan tidak berpuasa.
Pengeluaran hormon ini menyebabkan berlaku proses pembakaran lemak dan juga pembaharuan sel yang menjadikan kulit lebih awet muda.
Kenapa ibu menyusu perlu buat diet Intermittent Fasting?
Pengalaman sendiri Diela cuba buat cara diet Intermittent Fasting 12 jam puasa, 12 jam makan sangat membantu berat badan turun secara konsisten.
Diela sangat menyarankan kepada ibu-ibu menyusu untuk buat Intermittent Fasting supaya dapat membantu menurunkan berat badan terutama ibu-ibu yang mengalami masalah untuk menurunkan berat badan ketika menyusu anak.
Walaupun orang kata menyusu anak sangat mudah turun berat badan, tetapi tidak mudah bagi Diela sendiri. Maka solusi terbaik adalah buat cara diet Intermittent Fasting dengan hentikan gula dan gluten dalam pemakanan harian untuk kesan yang lebih optimum.
Sebagai rujukan lain, anda juga boleh baca artikel mengenai
bagaimana ingin memulakan Intermittent Fasting
Terima kasih Info yang amat bermanfaat sekali.