Semasa mengandung, kita sentiasa dinasihatkan untuk mengamalkan amalan baik semasa mengandung yang di galakkan dalam Islam.Terdapat banyak amalan baik semasa mengandung yang boleh ibu amalkan untuk kesihatan anak di dalam kandungan dan kesihatan ibu sepanjang kehamilan.
Amalan baik semasa mengandung bukanlah suatu kepercayaan karut untuk di amalkan selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. Bagi anda yang sedang mencari amalan baik ibu mengandung, di samping yang tengah mencari Set Mengandung Shaklee Terbaik boleh dapatkan dengan Pengedar Shaklee Seremban,Dieyla 0145010786 untuk pertanyaan lanjut.
Amalan Baik Semasa Mengandung Menurut Islam
Amalan baik semasa mengandung sangat penting untuk kita amalkan supaya kehamilan menjadi suatu moment yang terindah seterusnya lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Antara amalan baik semasa mengandung menurut Islam ialah :
- Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah
- Banyakkan berdoa kepada Allah agar dimudahkan urusan sepanjang kehamilan
- Rajin berpuasa sunat (di galakkan suami berpuasa sunat Isnin dan Khamis)
- Banyakkan berzikir
- Banyakkan baca Al-Quran
- Solat di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat
- Kerapkan berbual dengan anak dalam kandungan
- Banyakkan baca buku ilmiah
- Menjaga emosi agar tidak terlalu stress
- Menjaga adab dengan suami
- Jauhi sifat -sifat mazmumah
- Rajin menghadiri majlis ilmu
- Lakukan kerja-kerja yang ringan di rumah sebagai senaman
Amalan Zikir dan Doa Semasa Mengandung
Sebagai orang Islam, zikir dan doa merupakan amalan baik semasa mengandung yang sangat bagus untuk memberikan ketenangan jiwa dan memberi kesan positif kepada anak di dalam kandungan. Antara amalan zikir dan doa yang boleh di amalkan :
1. DOA MENDAPATKAN KETURUNAN YANG BAIK (Surah Al-imran, Ayat 38)
Ertinya : Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, beliau berkata:
” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa permohonan hambaMu.”
2. DOA NABI YUNUS A.S (Surah Anbiya’, Ayat 87)
Doa yang sunat dibaca oleh ibu mengandung termasuklah doa Nabi Yunus iaitu :
” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”
Ertinya :
” Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”
4. PERBANYAKKAN TASBIH
Jika ibu yang sedang mengalami alahan semasa mengandung, amalkan tasbih walaupun hanya di dalam hati agar Allah sentiasa mudahkan urusan sepanjang kehamilan.


Antara surah pilihan yang terbaik untuk amalan semasa ibu mengandung:
- Surah Yusuf – untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak
- Surah Luqman – untuk memohon anak yang cerdik
- Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
- Surah Yasin – untuk memohon anak teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
- Surah Imran ayat 38 – untuk memohon anak yang baik
- Surah Al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
Makanan Terbaik Ibu Mengandung
Apabila di sahkan mengandung, ibu wajib memilih makanan terbaik semasa mengandung untuk memenuhi segala nutrient yang di perlukan untuk kesihatan bayi di dalam kandungan. Antara makanan terbaik ibu mengandung ialah :
Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung
1. Madu lebah
Madu lebah di sebutkan di dalam Al-Quran , Surah An-Nahlu yang memiliki semua khasiat yang di perlukan badan manusia seperti enzim, vitamin , mineral , air dan juga antioksida untuk melawan radikal bebas yang boleh mencegah kanser.
2. Kismis
Kismis merupakan buah anggur kering yang mempunyai banyak khasiat. Antara khasiatnya :
- mengurangkan tekanana
- melancarkan peredaran darah
- menguatkan kekuatan memori
- kesihatan baik untuk jantung dan otak
3. Kurma
Kurma antara buah yang sangat di galakkan makan semasa mengandung kerana ia membekalkan tenaga. Selain itu, kurma mengandungi mineral, serat , vitamin dan antioksidn yang lengkap untuk keperluan badan.Ibu mengandung sangat bagus amalkan kurma untuk membentuk otak bayi dari dalam kandungan.
4. Susu Kambing
Susu kambing dikatakan susu terbaik selepasa susu ibu. Susu kambing kaya dengan khasiat yang bagus untuk ibu mengandung kerana ia mengandungi protein dan lemak yang penting untuk ibu dan bayi serta mudah di hadam.
Sayur-sayuran Terbaik Untuk Ibu Mengandung
1. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran yang kaya nutrien penting seperti magnesium, vitamin A dan vitamin C.Ia juga kaya dengan sumber zat besi.
2. Bayam
Bayam ialah sayuran hijau yang kaya dengan zat besi dan sangat bagus untuk ibu mengandung bagi mengatasi masalah hb rendah semasa mengandung.
3. Ubi Manis
Ubi manis bukan sahaja mengenyangkan tetapi ia juga mengandungi Vitamin A yang tinggi, potassium dan juga serat yang sangat bagus untuk ibu mengandung untuk mengelak sembelit.
Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Mengandung
1.Buah Delima
Delima salah satu buah yang di sebut di dalam Quran yang kaya dengan zat besi. Biasanya ibu mengandung yang kekurangan zat besi sangat di galakkan makan buah delima ini.
Tahniah buat anda yang sedang mengandung!
Jom amalkan Amalan Baik Semasa Mengandung yang
saya kongsikan dalam entry ini.
Bagi anda yang sering mempunyai masalah hb rendah,
masalah kencing manis,
masalah sembelit, masalah darah tinggi,masalah kejang otot,
masalah mabuk teruk semasa mengandung dan masalah yang berkaitan,
apa kata anda cuba
“Set Mengandung Shaklee Pilihan Terbaik Para Ibu”
Hubungi saya 0145010786
Hanya pelanggan yang mendapat Set Mengandung Shaklee
dari saya sahaja yang akan mendapat bimbingan dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman 21 tahun.