Tips Kurus Selepas Bersalin yang sangat diperlukan oleh ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Tahniah di ucapkan atas kelahiran bayi anda dan selamat berjaya dalam usaha untuk kurus selepas bersalin! hehe
Kurus selepas bersalin sudah semestinya menjadi impian semua para wanita terutama wanita yang sangat menjaga penampilan diri. Insyallah artikel kali ini saya akan kongsikan 8 tips penting yang perlu anda amalkan untuk capai impian kurus selepas bersalin.
8 Tips Kurus Selepas Bersalin
#1 Jangan diet!
Mungkin anda kedengaran pelik kan? Tapi sebenarnya “diet” boleh mengagalkan matlamat penurunan berat badan selepas proses kehamilan anda. Menyekat selera makan anda yang baru sahaja bergelar ” ibu” akan menekan anda untuk menambah berat badan lebih banyak.
Daripada amalkan “diet” untuk kurus selepas bersalin, adalah lebih baik anda memilih untuk mengamalkan pemakanan seimbang.Pastikan anda sentiasa makan agar badan anda bertenaga sepanjang hari untuk memulakan aktiviti harian menguruskan bayi anda. Tidak kisah berapa banyak yang anda mahu untuk menurunkan berat badan, hanya pastikan anda tidak kurang 1800 kalori sehari terutama jika anda menyusu anak.
#2 Perbanyakkan “super food”
Apabila anda sebaik sahaja bergelar seorang ibu, tubuh anda memerlukan pemakanan yang maksimum, terutamanya jika anda sedang menyusu anak. Pilih makanan yang tinggi nutrien dan rendah dalam kandungan lemak beserta kalori.
Ikan adalah salah satu daripada “super food” kerana ia mengandungi DHA, asid lemak omega-3 yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi dan sistem saraf yang sihat. Sumber terbaik DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, sardin, dan tuna (hati-hati ikan dalam tin kerana tinggi kandungan merkuri). Mungkin anda juga boleh cuba Omega Guard Shaklee yang sudah pun menjalani 3 kali penyulingan untuk singkirkan merkuri dan logam berat.
#3 Menyusu Anak
Menyusu anak sebenarnya boleh juga membantu anda kurus selepas bersalin. Mengikut sesetengah kajian mendapati bahawa penyusuan anak semata-mata boleh membantu anda kembali kepada berat badan dengan lebih cepat, dan ada juga yang lain tidak ada perbezaan berat badan antara wanita yang menyusu anak secara terus atau menyusu melalui botol.
Apa yang pasti adalah menyusu adalah baik untuk bayi anda, meningkatkan imuniti dan menyediakan beberapa manfaat kesihatan yang penting. Penyusuan secara eksklusif ( sehingga anak berumur 2 tahun) juga membolehkan anda menambah kira-kira 300 kalori sehari untuk diet anda (anda boleh menambahkan lebih banyak kalori jika anda mempunyai pemakan yang sangat besar atau kembar). Hanya pastikan bahawa jika anda menyusu, anda tidak menggunakannya sebagai alasan untuk makan apa sahaja yang anda mahukan.hehe
#4 Minum Air
Minum banyak air sepanjang hari menghalang anda daripada dehidrat. Minum air juga sangat membantu anda agar tidak makan banyak, dan beberapa penyelidikan mendapati bahawa ia boleh mempercepatkan metabolisme anda.
Sama ada anda memerlukan lapan gelas yang sering disyorkan sehari itu tidak pasti, tapi ada yang mengesyorkan dengan menggunakan warna air kencing anda dan berapa kerap anda perlu pergi ke bilik air untuk membuang air. Sekiranya anda meminum cecair yang mencukupi, air kencing mesti berwarna jernih dan anda perlu pergi ke bilik air setiap tiga hingga empat jam.
#5 Bersenamlah!
Diet adalah penting, tetapi ia hanya satu bahagian dari pelan penurunan berat badan selepas kehamilan anda. Anda juga perlu melakukan senaman ringan atau aerobik untuk menguatkankan kembali tubuh selepas kehamilan untuk membakar kalori dan menguatkan otot dan tulang.
Senaman selain membantu mengurangkan berat badan, ia juga memberikan begitu banyak manfaat dari segi membantu mengatasi kemurungan dan membantu dalam melegakan tekanan terutama ibu yang pertama kali menguruskan bayi sendiri.
Banyak kelab kesihatan dan pusat komuniti menawarkan kelas “mommy and me” yang akan membolehkan anda menggabungkan bayi anda ke dalam rutin senaman anda. Tetapi sebelum anda memulakan program senaman, dapatkan kelulusan doktor anda, terutamanya jika anda yang bersalin secara ceaser.
#6 Tidur Yang Cukup
#7 Minta Bantuan
Sekiranya anda sedang berusaha untuk cuba kurus selepas bersalin, dapatkan bantuan doktor dan pakar diet anda.Pakar diet boleh membantu anda merancang pelan pemakanan untuk menurunkan berat badan dengan selamat dan berkesan, sementara doktor boleh membimbing anda tentang berapa banyak berat badan yang perlu anda hilangkan dan bila waktu sesuai untuk anda boleh mula bersenam.
#8 Lengkapkan Nutrisi
Ibu yang menyusu anak sangat memerlukan keperluan nutrisi yang mencukupi. Tidak salah untuk menurunkan berat badan tapi jangan sampai mengabaikan pemakanan yang sihat.
Makanan tambahan seperti supplemen sangat di sarankan untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi yang tidak mencukupi. Sebagai contoh vitamin D untuk kekuatan tulang, Vitamin B untuk elak kemurungan, Vitamin C untuk kekuatan antibodi, Protein berkhasiat tinggi untuk memberikan ibu lebih tenaga.
Insyallah, kesemua vitamin yang di perlukan untuk ibu nak kurus selepas bersalin ada dalam Set Kurus Shaklee, boleh terus dapatkan Set Kurus Shaklee ini dengan cara klik >> 0145010786
Boleh Ke Kurus Macam Anak Dara Balik?
Ramai ibu yang berangan-angan untuk kurus selepas bersalin dan berimpian untuk dapatkan berat yang asal macam anak dara balik termasuk saya sendiri.hehe.. Tapi sebenarnya impian itu mungkin tidak akan dapat di capai.
Hal ini kerana tubuh ibu yang mengalami proses kehamilan dan melahirkan anak serba sedikit telah mengubah bentuk badan yang asal. Jadi jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan bentuk badan yang asal. Cukuplah anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengawal berat badan agar tidak berlebihan. Yang paling penting lakukan sedikit senaman untuk kekal berstamina dalam menjalani kerja-kerja rumah tangga yang tidak akan pernah habis!
Jadi, jika anda ingin mendapatkan berat
badan yang ideal selepas bersalin,
Dapatkan Set Kurus Shaklee untuk kurus selepas bersalin
dari Pengedar Shaklee Seremban serta
cara makan yang exclusive.
Baca lanjut >>Kurus Tanpa Perlu Pantang Nasi
Nak tahu cara makan yang berkesan?
Cepat Whatsapp >> 0145010786