5 Peralatan penyusuan susu ibu yang perlu disediakan oleh ibu yang bekerja untuk memastikan anak mendapat stok susu ibu yang mencukupi. Insyallah entry kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda mengenai peralatan penyusuan yang perlu ibu sediakan sebelum memulakan proses mengumpul stok susu ibu atau dipanggil sebagai EBM (Expressed Breast Milk).
Peralatan penyusuan ini mestilah lengkap untuk membantu memudahkan ibu bekerja mengepam susu sewaktu sedang bekerja. Jom tengok apa 5 peralatan penyusuan tersebut.
Peralatan Penyusuan 1 : Pam Susu
Pam susu merupakan peralatan penyusuan yang paling utama. Dengan adanya pam susu ini ,Alhamdulillah sangat membantu ibu bekerja mengumpul stok susu dengan mudah tanpa risau anak tidak mendapat bekalan susu ibu sewaktu kita sibuk bekerja.
Sekarang ini pon sudah banyak jenama pam susu dengan harga yang berpatutan. Anda sendiri boleh membuat sedikit survey untuk pastikan pam susu apa yang bersesuaian dengan anda.
Pam susu terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
-
Pam Elektrik/Battery
-
Pam Manual
PAM ELEKTRIK/BATTERY
Untuk ibu yang bekerja, pam jenis elektrik atau bateri ini adalah yang terbaik bagi menjimatkan masa untuk mengepam susu sewaktu bekerja. Pam ini juga boleh digunakan dengan elektrik secara terus atau menggunakan bateri yang boleh dicas kembali.
Pam jenis ini juga mempunyai 2 jenis iaitu double breastpump atau single breastpump. Kedua-duanya sangat membantu untuk ibu yang bekerja mengepam dengan masa yang singkat. Kalau nak lebih cepat, boleh gunakan double pump untuk mengepam susu secara serentak.
PAM MANUAL
Pam jenis ini boleh digunakan jika anda tidak mempunyai masa yang terhad untuk mengepam susu. Cumanya pam manual ini memakan masa yang lama untuk mendapatkan susu yang mencukupi kerana kaedah ini dikira lambat untuk ibu yang bekerja.
Apa-apa pon tak kisah mana-mana pilihan ibu untuk memilih pam susu asalkan susu dapat diperah dengan selesa dan dalam masa yang sama ibu boleh bekerja dengan gembira.
Peralatan Penyusuan 2 : Cooler Bag
Cooler bag merupakan tempat untuk meletakkan susu yang telah di pam.Susu ibu hanya mampu bertahan 4 jam dalam suhu bilik. Jadi untuk menjaga keselamatan susu ibu agar tidak rosak, kena pastikan susu ibu berada dalam keadaan suhu yang sejuk.
Sebab tu pentingnya cooler bag untuk dibawa ke tempat kerja. Tapi jangan lupa, dalam cooler bag mestilah ada ice pack untuk membantu susu sejuk sepanjang waktu bekerja. Dengan adanya ice pack, Insyallah susu dapat bertahan sampai 12 jam.
Bagi ibu yang bekerja , anda perlu menyediakan 2 cooler bag :
Cooler Bag Di Tempat Kerja
Kemungkinan di tempat kerja, tidak disediakan peti ais untuk menyimpan susu. Cooler bag ini ibarat peti ais mini untuk anda meletakkan susu yang telah dipam sementara sepanjang waktu bekerja. Dengan adanya cooler bag ini, mudah bagi anda yang untuk kendalikan susu ibu sewaktu bekerja ataupon jika anda perlu berkursus di luar kawasan.
Jangan lupa, pilih la cooler bag yang boleh menyimpan peralatan mengepam sekali supaya memudahkan anda untuk membawa ke mana-mana.
Cooler Bag Di Rumah Pengasuh
Ini hanyalah pilihan jika anda dapati dirumah pengasuh tidak mempunyai ruang peti ais yang cukup untuk simpan susu anda. Maka sediakanlah cooler bag untuk memudahkan pengasuh kendalikan susu anda. Anda juga memerlukan cooler bag sekiranya rumah pengasuh agak jauh dari rumah anda supaya susu kekal sejuk dalam perjalanan ke rumah pengasuh.
Saya sendiri tidak menyediakan cooler bag di rumah pengasuh oleh kerana, rumah pengasuh hanya selang beberapa rumah dari rumah saya. Kebiasaannya saya akan ambil susu yang hendak digunakan sahaja pada hari tersebut dan terus masukkan ke peti ais rumah pengasuh. Jangan lupa, labelkan nombor pada susu untuk diberikan kepada anak.
Peralatan Penyusuan 3: Ice Pack/ Ice Brick
Ice pack/ Ice brick ialah ice yang telah dipackkan untuk tujuan dibekukan berulang-ulang kali untuk kegunaan perjalanan penyusuan susu ibu. Jimat sangat penggunaan ice pack/ice brick ini sebab tak perlu pon anda nak beli hari-hari. Beli sekali je dah boleh guna berulang-ulang kali.
Beli ice pack, dan terus bekukan di dalam freezer. Esok, sebelum pergi kerja dah boleh guna untuk sejukkan susu-susu yang nak dihantar ke pengasuh. Bila balik kerja, masukkan semula ice pack ke dalam freezer semula untuk digunakan untuk hari seterusnya. Begitulah rutin setiap hari. 🙂
Jom saya kenalkan apa beza ice pack dan ice brick.
Ice Pack
Tahan lama penggunaannya , tetapi mudah pecah kerana gel ais disalut dengan plastik yang tidak tahan lama.
Ice Brick
Tahan lama penggunaannya kerana gel ais disaluti dengan plastik yang keras dan tidak mudah pecah.
Kalau tanya pandangan saya, saya lebih suka menggunakan ice brick kerana ia membantu sejuk lebih lama dan lekuk di ice brick dapat menyejukkan botol susu sepenuhnya.
Peralatan Penyusuan 4 : Botol Simpan Susu Ibu
Botol simpan susu ibu sangat penting untuk :
- dibawa ke tempat kerja (mengepam)
- dibawa ke rumah pengasuh (untuk anak)
- untuk simpan stok susu ibu (dirumah)
Setiap kali selepas mengepam susu, pastikan anda label TARIKH dan MASA anda pam pada botol susu untuk memastikan susu yang lebih awal masuk yang akan keluar dulu untuk diberikan kepada anak.
Dalam proses menjayakan penyusuan susu ibu, anda perlu memastikan botol simpan susu ibu ini mempunyai ciri-ciri BPA FREE untuk kegunaan berkali-kali dengan selamat. Dan anda memerlukan minimum 10 botol susu untuk penyimpanan stok susu ibu.
Adakalanya tidak cukup pon 10 biji botol. Boleh lah beli sikit-sikit dulu mengikut keperluan. Mengikut pengalaman saya , 10 botol susu pon tidak mencukupi untuk bekalan stok susu ibu.
Bayangkan kalau 10 biji botol sahaja yang digunakan untuk :
- 4 botol untuk dibawa ke tempat kerja
- 4 botol untuk dibawa ke rumah pengasuh
- baki lagi 2 botol untuk stok susu dalam peti ais.
agak-agaknya cukup ke? hehe
Peralatan Penyusuan 5 : Beg Plastik Simpan Susu Ibu
Beg plastik simpan susu ibu atau dikenali sebagai storage liner ini berfungsi untuk menyimpan stok susu ibu. Cumanya beg plastik ini digunakan secara pakai buang.
Kelebihan beg plastik ini ialah harganya yang murah dan menjimatkan masa ( tak perlu basuh) dan juga menjimatkan ruang peti ais dengan stok susu ibu.
Kalau anda mempunyai stok susu yang banyak , boleh lah gunakan beg plastik ini untuk menjimatkan ruang peti ais anda dan boleh disusun dengan teratur. Saya sendiri menggunakan beg plastik ini sebagai emergency apabila botol susu saya sudah habis dipakai kesemuanya.
Okla, sampai sini sahaja perkongsian saya tentang peralatan penyusuan susu ibu.
Sebagai seorang ibu atau bakal ibu, anda perlu ambil tahu mengenai pengurusan susu ibu supaya perjalanan penyusuan anda berjaya sehingga anak genap 2 tahun.
Jom baca pengalaman menyusu anak saya yang pertama.
Moga bermanfaat! 🙂
Nak yang terbaik untuk anak anda?
kenalah berkorban sedikit untuk beli pam yang terbaik.
Dah beli pam susu, tapi anda mengalami masalah susu kurang meriah?
Baca : Set Menyusu Shaklee Berkesan Untuk Banyakkan Susu Badan
Dapatkan SET MENYUSU SHAKLEE ini sekarang dari saya DIEYLA,
Pengedar Shaklee Seremban dan Seluruh Malaysia.
Konsultasi cara makan berkesan akan diberikan setelah barang sampai kepada anda.
Jangan tunggu lama-lama, klik link ini sekarang untuk respon segera.
Hubungi : 0145010786 (whatsapp/call/sms)
COD : Sikamat, Paroi Jaya ,Ampangan, dan Sekitar Seremban
POSLAJU : Seluruh Malaysia
1 thought on “5 Peralatan Penyusuan Susu Ibu”