Tahukah anda jenis keputihan mengikut warna memberi maksud yang tertentu terhadap tahap kesihatan kita? Dalam entry kali ini, anda akan mengetahui 4 jenis keputihan mengikut warna dan risiko yang berkaitan dengannya.
Jenis keputihan mengikut warna boleh menentukan sama ada ianya normal atau berbahaya kepada kesihatan faraj wanita.Oleh itu, jangan sesekali ambil remeh mengenai keputihan yang keluar dari faraj anda.
Keputihan Warna Coklat
Keputihan warna coklat biasa terjadi jika anda mengalami pendarahan dinding rahim atau endometriosis. Selain itu, keputihan warna coklat juga kemungkinan menandakan keguguran, haid tidak teratur dan ataupon hari-hari akhir haid.
Antara punca keputihan berwarna coklat :
- Gangguan hormon – Hormon adalah salah satu punca keluarnya keputihan berwarna coklat apabila seseorang wanita berhenti mengambil pil perancang.Kebiasaannya ini disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku di dalam tubuh.Walau bagaimanapun, jika keputihan berwarna coklat ini berlaku dengan kerap dan ketika itu masih pengambil pil perancang , ia boleh menandakan masalah lain.
- Haid lewat – Kelewatan haid boleh menyebabkan keluarnya keputihan warna coklat selepas kitaran haid.Ini adalah di sebabkan saki baki lapisan tisu endometriosis yang tertinggal dan proses pembersihan darah lama dari rahim. Ianya tidak perlu dibimbangkan kecuali ianya tidak berhenti mengalir dan bertambah banyak. Oleh itu, dinasihatkan untuk segera buat pemeriksaan di klinik/hospital.
- Jangkitan kulat – Keputihan warna coklat juga berpunca dari jangkitan kulat yang berulang-ulang apabila tiada keseimbangan bakteria dalam tubuh. Kebiasaannya keputihan warna coklat ini disertai dengan rasa sakit di ari-ari,rasa terbakar dan bau yang tidak menyenangkan.
Keputihan Warna Hijau
Keputihan warna hijau adalah salah satu gejala penyakit yang menular di bahagian seksual oleh bakteria jahat di organ intim iaitu Trikomoniasis.
Antara tanda-tanda anda mengalami keputihan warna hijau :
- Keputihan menjadi warna kehijauan dengan kuantiti yang semakin banyak
- Berbau menyengat yang tidak menyenangkan
- Sakit ketika membuang air kecil
- Rasa gatal di bahagian faraj
Keputihan warna hijau mestilah segera di periksa terutama jika anda hamil. Ini kerana keputihan warna hijau ini mengandungi bakteria jahat yang boleh mengganggu tumbesaran janin di dalam kandungan. Risiko untuk anak kurang berat badan atau lahir pre mature adalah sangat tinggi.
Keputihan Warna Kuning
Keputihan warna kuning tergolong dalam jenis keputihan yang tidak normal. Pada mulanya keputihan berwarna putih dan tidak berbau adalah normal. Sekiranya keputihan tersebut mulai berubah warna kepada kekuningan dan disertai dengan bau yang kurang menyenangkan, ini bermakna keputihan sudah di jangkiti kuman.
Antara penyebab keputihan berwarna kuning:
- Bakteria Vaginosis
- Infeksi ragi vagina
- Trikomoniasis
- Gonore
- Klamidia
Keputihan Bercampur Darah
Keputihan bercampur darah tidak selalunya disebabkan sesuatu yang kelainan dengan tubuh. Kebiasaannya keputihan bercampur darah ini dipanggil “spotting” yang keluar dalam kuantiti yang sedikit.
Antara kemungkinan punca keputihan bercampur darah:
- Pendarahan selepas seminggu apabila telur ovum dan sperma telah disenyawakan dan ditanam ke dalam lapisan rahim. Ini dinamakan implantation bleeding.
- Tanda awal keguguran dan proses keguguran sedang berlaku.
- Tahap hormon yang tidak seimbang.
- Tanda awal kanser pangkal rahim.
- Jangkitan faraj.
Sekiranya keputihan bercampur darah ini keluar dalam kuantiti yang banyak dan berterusan tanpa henti, sila segera buat pemeriksaan di klinik/hospital untuk rawatan lanjut.
Keputihan Anda Yang Mana Satu?
Sekiranya anda sedang mengalami keputihan teruk terutama sekali keputihan semasa hamil,
sila semak jenis keputihan mengikut warna dan segera lakukan pemeriksaan ke doktor untuk rawatan selanjutnya.
Jangan biarkan keputihan terus menerus mengganggu hidup anda!
Produk Keputihan Shaklee
Ingin dapatkan produk keputihan shaklee dengan cara makan yang betul dan berkesan?
Dapatkan dengan saya , Dieyla Pengedar Shaklee Seremban sekarang!
Whatsapp/Call : www.wasap.my/60145010786
COD : Sikamat,Ampangan,Senawang, Seremban Jaya dan sekitar Seremban
POSLAJU: Seluruh Malaysia
Semoga entry ini dapat membantu anda! Terima kasih kerana sudi membaca. 🙂
1 thought on “4 Jenis Keputihan Mengikut Warna dan Risiko Yang Berkaitan”