Musim raya ini memang banyak jemputan hari raya open house sampai tak larat nak makan. Biasanya part paling kita risau adalah mesti berat badan naik lepas memenuhi hari raya open house .

Entry kali ini diela kongsikan tips berat badan tak naik walaupun makan banyak. Pastikan baca sampai habis tau!
Sekiranya anda betul-betul ingin turunkan berat badan boleh hubungi Pengedar Shaklee Seremban untuk dapatkan tips berkesan dengan AMAZING FAT TO FIT.
PUNCA BERAT BADAN MUDAH NAIK DI HARI RAYA OPEN HOUSE
Sebelum tu, jom tengok apa punca berat naik apabila hadiri hari raya open house.
1.Makan tak ikut masa
Apabila memenuhi jemputan hari raya open house sudah tentu kita akan makan tak tentu masa.Boleh jadi sepanjang berada di situ kita akan makan sampailah nak beransur balik 😂 Masa ni bukan lagi makan sebelum kenyang tapi sudah pun terlebih makan.
Inilah antara punca berat badan mudah naik sebab aktiviti makan yang sangat meriah dari pagi ke malam. Apatah lagi memenuhi beberapa jemputan hari raya open house dalam masa satu hari.
2. Makanan yang tinggi gula
Kebanyakan di hari raya open house ni memang banyak sangat makanan yang tinggi gula seperti :
- koktail buah
- kek
- puding gula hangus
- kuih muih

Kita akan cenderung untuk makan makanan yang manis-manis ketika di hari raya open house ini kerana semuanya sudah terhidang depan mata secara percuma. Jadi rugilah kalau tak makan kan? Apatah lagi, makanan yang kita jarang jumpa. Of coz mesti kita nak makan.
3. Kurang melakukan aktiviti fizikal
Salah satu faktor berat badan bertambah adalah kerana tiada pembakaran kalori. Apatah lagi di musim hari raya open house yang banyak ni, semakin kurang melakukan aktiviti fizikal.

Adakala kita memenuhi jemputan open house dari pagi sehingga malam menyebabkan berat badan mudah naik kerana kebanyakkan masa hanya duduk dan makan sahaja dalam masa 24 jam. Fuh!
4. Makan tak ikut portion
Memang tak dinafikan agak sukar untuk jaga portion makan ketika menghadiri jemputan open house. Kalau boleh semua makanan atas meja tu kita nak makan kan. Hihi

Tapi sangatlah bagus jika kita dapat menjaga porsi makan supaya kita dapat makan semua hidangan berbanding kita ambil banyak-banyak lepas tu terlebih kenyang. Inilah juga salah satu faktor berat badan cepat naik. Jangan terkejut kalau esok pagi timbang naik 2kg!
TIPS BERAT BADAN TAK NAIK WALAU HARI RAYA OPEN HOUSE BANYAK
Mari diela kongsikan sedikit tips yang diela amalkan untuk elak berat naik walaupun hari raya open house banyak.
Almaklum berat badan dah capai target, dah turun 8kg dalam masa sebulan je dengan diet AMAZING FAT TO FIT. Rugilah kalau hari raya open house terus naik semula berat asal kan.hehe
- Kurangkan pengambilan karbo , lebihkan makanan protein.

Kalau atas meja tu ada rendang daging, rendang ayam, ayam masak merah. Haaa boleh je ambil lauk ni semua tapi kurangkan nasi impit ,ketupat dan lemang. Insyallah cepat je rasa kenyang. Ini jugalah yang Diela buat untuk maintankan berat badan. Bayangkan dah turun 8kg sayanglah kalau tak jaga makan kan waktu hari raya open house.
2. Elakkan makanan yang manis
Dalam kita usaha menjaga berat badan, makanan manis adalah punca utama berat badan naik. Tak percaya boleh cuba. hihi

Jadinya semasa hari raya open house seboleh-bolehnya elakkan makanan yang manis terutama kuih muih dan juga air minuman. Tapi bagi diela, boleh je nak minum tapi minum sekadarnya bukanlah bercawan-cawan.
3. Pastikan lawas membuang setiap hari
Ramai orang mengalami masalah pembuangan. Untuk anda yang berusaha menurunkan berat badan kena pastikan setiap hari anda membuang barulah sistem pencernaan anda sihat.

Yang paling penting musim raya yang banyak makan ni kena pastikan hari-hari kena membuang air besar. Inilah punca perut cepat buncit bila pembuangan pun dah tak berapa nak lawas.
4. Pengambilan supplemen bakar lemak degil
Di musim hari raya open house ni, jangan lupa ambil supplemen yang membantu bakar lemak dan buang toksin setiap hari. Dalam Set Hello New You lengkap supplemen untuk bantu berat badan kekal sihat.

*Baca entry lain mengenai HARI RAYA OPEN HOUSE