3 Cabaran Ibu Menyusu Ketika Berpuasa Yang Sering Dialami

Cabaran ibu menyusu ketika berpuasa sudah tentu akan dialami oleh para ibu yang menyusu anak kecil. Bagi anda yang sedang mencari makanan tambahan yang boleh membantu mengatasi cabaran ibu menyusu ketika berpuasa,boleh hubungi Diela di talian : 0145010786

 

Cabaran Ibu Menyusu Ketika Berpuasa

 

Untuk atasi cabaran ibu menyusu semasa berpuasa, diela sangat sarankan untuk anda mencuba Set Ramadan Shaklee Terbaik 2022.  Jangan lupa untuk dapatkan cara makan berkesan dibimbing pakar nutrisi dan doktor berpengalaman dengan diela 🙂

 

KHASIAT SUSU IBU

Susu ibu adalah susu terbaik didunia yang Allah ciptakan. Bersyukurlah sekiranya kita diberikan rezeki untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.Tahniah juga diela ucapkan kepada ibu menyusu yang berusaha keras untuk menyusukan anak.

 

Cabaran Ibu Menyusu Ketika Berpuasa 1

 

Antara khasiat susu ibu ialah :

 

  • Susu ibu membekalkan bayi nutrien yang cukup dan ia mampu menghindarkan bayi dari masalah kelaparan.
  • Susu ibu  mampu membantu tumbesaran bayi dari masalah cirit-birit, jangkitan penyakit seperti selsema, radang dan jangkitan paru-paru.
  • Satu kajian yang dijalankan telah membuktikan susu ibu berupaya menghalang bayi dari masalah alahan seperti asma, ekzima dan kolik bayi
  • Nutrien lengkap dalam susu ibu mampu membina daya tahan tubuh si manja, malah kita sedia maklum susu ibu mudah didapati berbanding kaedah penyusuan yang lain.

Lihatlah, betapa banyak khasiat susu ibu untuk anak kita. Jom berikan susu ibu terbaik dan berkualiti untuk anak kita.

 

3 CABARAN IBU MENYUSU KETIKA BERPUASA

Apabila masuk bulan Ramadan, sudah pasti cabaran ibu menyusu ketika berpuasa menjadi topik hangat yang sering diperkatakan. Namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.

 

Cabaran Ibu Menyusu Ketika Berpuasa 2

 

Antara cabaran ibu menyusu adalah :

 

1.Ibu menyusu merasa keletihan yang amat sangat

 

Kekurangan tenaga sering dialami oleh ibu menyusu kerana rutin harian yang padat. Ibu menyusu sangat memerlukan makanan  yang dapat memberikan tenaga berpanjangan agar dapat melakukan aktiviti harian dengan baik walaupun berpuasa dan menyusu anak.

 

2.Ibu menyusu kehausan melampau

 

Selalunya, wanita yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan dan menyusukan anak, tidak akan mengalami sebarang masalah. Badan anda dipercayai dapat bertahan sepanjang tempoh berpuasa itu.

Walau bagaimanapun, proses penyusuan pastinya akan membuatkan ibu menyusu berasa lebih dahaga. Jika anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa, anda akan berasa tidak sihat.

 

Tanda-tanda dehidrasi :

  • Berasa sangat dahaga
  • Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat
  • Berasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu
  • Berasa sakit kepala atau sebarang kesakitan lain

 

3. Ibu menyusu mengalami kurang susu

 

Hal ini biasa terjadi adalah kerana susu ibu diperbuat daripada cecair. Oleh kerana berpuasa, ibu mengalami dehidrat (kekurangan cecair dalam badan) kerana kekurangan minum air menyebabkan susu ibu menjadi kurang.

Sekiranya, bayi anda memang 100% minum susu ibu, adalah lebih baik ibu mengambil rukhsah untuk berbuka agar tidak berlaku mudarat kepada bayi kerana tidak cukup susu.

 

TIPS ATASI CABARAN IBU MENYUSU KETIKA BERPUASA

Di sini diela kongsikan beberapa tips untuk atasi cabaran ibu menyusu agar dapat membantu ibu menyusu kekal bertenaga walaupun berpuasa.

 

Cabaran Ibu Menyusu Ketika Berpuasa 3

PERSEDIAAN MINDSET

Mindset sangat penting untuk ibu menyusu ketika berpuasa. Hal ini kerana , ramai ibu menyusu beranggapan apabila berpuasa;

  • Susu badan akan menjadi kurang
  • Tak larat nak berpuasa kerana menyusu , nanti akan penat
  • Ibu menyusu rasa haus terlampau
  • Perlu makan banyak takut baby tak kenyang susu
  • Risau baby tak cukup susu

Jadi sangat penting ibu-ibu bersedia untuk berpuasa walaupun menyusu anak. Sebut perkara yang positif dan bagi semangat pada diri sendiri yang kita menyusu anak pun boleh berpuasa penuh.

 

PEMAKANAN YANG BETUL

Untuk ibu menyusu sangat penting untuk pastikan makan makanan yang betul dan tepat supaya tidak menggangu proses penyusuan sepanjang berpuasa. Elakkan mengambil makanan segera dan pastikan ibu menyusu bangun sahur dan melewatkan sahur untuk kenyang lebih lama.

Jangan skip sahur kerana dikhuatiri ibu menyusu kurang tenaga di siang hari dan akan menyebabkan ibu berpuasa terpaksa berbuka atas faktor memudaratkan diri.

 

PERSEDIAAN SUSU IBU

Untuk ibu menyusu yang menyusukan anak secara fully breastfeeding, sangat digalakkan untuk membuat persediaan susu ibu sebelum tibanya Ramadan agar dapat membantu ibu menyusukan anak.

Persediaan susu ibu membantu ibu memberikan susu yang dah dipam . Andai kata ada waktu yang ibu menyusu rasa terlalu penat untuk menyusukan secara terus,  orang sekeliling juga boleh membantu membrikan susu EBM yang ibu dah sediakan.

 

“Alhamdulillah sejak amalkan Set Ramadan Shaklee,

saya dapat berpuasa penuh dan bertenaga.

Syukur tak perlu risau susu kurang, badan letih sebab

semuanya berjalan lancar dan saya rasa lebih gembira!”

 

 

Anda boleh terus hubungi

Pengedar Shaklee Kuala Pilah

untuk membantu anda menjadi ibu menyusu bertenaga walaupun berpuasa dengan

saranan produk yang sesuai dengan bajet anda.

 

KLIK >> Whatsapp 0145010786 

KLIK >> Whatsapp 0145010786 

KLIK >> Whatsapp 0145010786 

 

 

 

1 thought on “3 Cabaran Ibu Menyusu Ketika Berpuasa Yang Sering Dialami”

Leave a Comment